Jumaat, 8 Mei 2009

Pak Ungga

Pak Ungga alah saorang bapa dan juga bapa saudara kepada anak2 buah yang ramai. Orang puteh kata 'unkel'. Namun unkel ini disebut "Ungga" pulak kerana dialah sahaja saorang unkel dari kelompok itu, kerana adik beradiknya semua perempuan maka dia saorang sahaja lelaki. Makanya dialah saorang anak tunggal lelaki.

Apabila dewasa dan adik beradiknya sudah berkahwin maka ramailah zuriat yang dihasilkan. Anak-anak kecil ini telah mengenali "pak ungga" sejak mereka kecil lagi. Sebutan pak cik yang diubah menjadi Pak Ungga berterusan hingga sekarang yang mana telah memasuki alam 'atuk' pula. Memang pastilah perlu di ubah sebagai 'atuk ungga' sekarang ini.

Sebagai tunggal dalam keluarga, pasti menjadi favourite juga kepada yang kecil2 kerana ianya sangat istimewa dan dia hanya satu sahaja. Maka 'pak ungga' mempunyai ciri2nya tersendiri untuk mengekalkan profile tingginya sebagai yang dihormati, yang disayangi dan yang dirujuki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan