Sabtu, 23 Mei 2009

Makhluk 'Uralian Alien'


Terjumpa dengan cerita ini semasa buat browsing.

Makhuk ini dijumpai oleh saorang wanita di Kyshtym berhampiran Ural Mountain di Russia lebih kurang 10 tahun yang lalu. Pada mulanya semua menganggap ianya adalah makhluk dari angkasa lepas, namun satelah dipereksa oleh Doktor maka ianya disahkan sebagai 'janin manusia' yang berumour 20 minggu!

Tapi ianya tidak berhenti di situ sahaja kerana ramai lagi yang masih minat untuk mengesahkan apa sebenarnya makhluk itu. Yang terakhir makhluk ini telah dibuat ujian DNA dan didapati ianya bukan manusia atau pun binatang yang ada di dunia ini.

Maka penyiasatan diteruskan...

Jumaat, 8 Mei 2009

Pak Ungga

Pak Ungga alah saorang bapa dan juga bapa saudara kepada anak2 buah yang ramai. Orang puteh kata 'unkel'. Namun unkel ini disebut "Ungga" pulak kerana dialah sahaja saorang unkel dari kelompok itu, kerana adik beradiknya semua perempuan maka dia saorang sahaja lelaki. Makanya dialah saorang anak tunggal lelaki.

Apabila dewasa dan adik beradiknya sudah berkahwin maka ramailah zuriat yang dihasilkan. Anak-anak kecil ini telah mengenali "pak ungga" sejak mereka kecil lagi. Sebutan pak cik yang diubah menjadi Pak Ungga berterusan hingga sekarang yang mana telah memasuki alam 'atuk' pula. Memang pastilah perlu di ubah sebagai 'atuk ungga' sekarang ini.

Sebagai tunggal dalam keluarga, pasti menjadi favourite juga kepada yang kecil2 kerana ianya sangat istimewa dan dia hanya satu sahaja. Maka 'pak ungga' mempunyai ciri2nya tersendiri untuk mengekalkan profile tingginya sebagai yang dihormati, yang disayangi dan yang dirujuki.